Navigate using the words at the side!
Thanks for visiting and hope you enjoy going through whatever crap that I have.
:D
Maybe you can insert a counter here? I dunno.
A little splotch in the universe.
I am someone whom you don't know. A stranger. Do you think you know me? Actually, you don't. There are many sides to a person. A person like me. But that's for you to find out! (:
"Apa!" Aku terpekik ke telefon bimbitku. Aku mendapat tahu behawa ibuku terlibat dalam satu kemalangan dan sedang dirawat di hospital. Aku terus berjalan dengan ringkas ke keretaku lalu menuju ke destinasiku dengan tidak berlengah lagi. Aku memandu dengan begitu cepat sekali kerana aku berasa khuatir dan takut jika apa-apa terjadi kepada ibuku. Lima belas minit kemudian, aku tiba di hospital. Aku memandu dengan cepat untuk pergi ketempat letak kereta. Di hospital pula, ayahku menyuruh adikku untuk pergi ke tempat letak kereta untuk melihat jika aku sudah tiba. Dia mengikut kata-kata ayahku lalu pergi ke situ. Aku yang sedang memandu dengan cepat tidak dapat cari tempat untuk aku meletakkan keretaku. Aku membuat keputusan untuk ke tingkat lima pula. Aku memandu dengan laju dan tiba- tiba aku terlihat seorang gadis. Dia sedang melintas jalan raya. Mataku terbeliak lalu membrekkan keretaku, tetapi ia sudah terlambat. Darah yang merah dan pekat terpercik ke kaca depan keretaku. Aku dengan segera keluar daripada keretaku. Airmataku mula mengalir daripada kelopak mataku. Gadis yang terlanggar daripada ku adalah adikku. Mukanya berlumuran darah dan aku mula menagis sekuat hati di sebelahnya. Dengan segera aku mengangkatnya ke hospital dan dia dirawat di sebelah ibukku. Aku berasa serba salah.
10:14 PM
Kegembiraan
Tanganku menggeletar sambil memegang kertas keputusan perperiksaan universiti yang telah ku nantikan. Aku memegangnya dan melihat keputusanku. Tiba-tiba, senyuman yang lebar terukir dibibirku. Kemudian, aku terpekik terpukau bagai anjing yang menyalak. "Aku lulus!" Suaraku dapat didengari oleh ratusan murid yang sedang memekik seperti ku. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku. Airmataku mula bertakung dikelopak mataku apabila ternampak ibuku yang sedan tersenyum lebar sambil mengelap airmatanya daripada mengalir. Aku berlari terhadapnya lalu memeluknya dengan erat. Dalam masa sebergini, baik untukku meluangkan masa bersama keluarga.